Wednesday, 30 December 2015

KENANGAN KITA BERSAMA #geng8

بسم الله الرحمان الرحيم

Lama dh tak menulis.. Lupa ada blog.. haha
semua gara2 suha throwback
[baca la kalau nak tahu kisah kami.. Kenangan Semester 3 (Permulaan kisah Perjalanan Geng 8)]

ok memandangkan dh tamat perjuangan diploma di UPSI, so i nak #throwback sikit kenangan2 bersama #geng8 di UPSI..

kawan2 sediakan tisu siap2 (takut ada yg menangis)

PART 1 (rasa mungkin akan panjang, so i bahgikan by part la er)


Ingat lagi x kisah di sebalik sekeping gambar ni??

time ni kita nak pergi pasar malam.. punya lah confident naik la bas.. bila bas dh gerak tu, aiikk asal pak cik ni lalu jalan nk ke kampus baru..
sekali tanya. 
 " Pak cik pergi pasar malam x?"  
jawapan pakcik tu 
  "tak la dik, ni bus ke kampus baru je" 
haha nak tergelak je rasa, suruh la pakcik tu dropkn kita kat bus stop.lepas tu sibuk la semua call prebet. last2 pergi la asing2 naik dua prebet.. kenangan kot..





Haa yg ni kalau ada yg lupa tak tau la nak kata apa.. haha moment paling tak boleh dilupakan..

tak berapa ingat la lepas final exam ke apa, tapi yang pasti kita dari cafe KHAR, nak balik rumah bas tak ada..

elok pulak time tu my family datang sebab i nak balik dah.. so tu je lh penyelamat yang ada.. sumbat la 8 orang, LAPAN orang u alls.. serius berhimpit, kalau kereta besar tak pe jugak

serius la moment yang tak boleh dilupakan, asalkan dapat smpai rumah tu dh cukup baik la kn.. hehe







kawan2 ingat x hari ni.. hujan lebat sangat2, elok pulak sorang je yg bawak payung..

terpaksa lah mengangkut sorang2 dari blok 9 nak ke blok tmpat tunggu bas.. dengan semua orang pakai baju kurung, memang lencun habis la kain ..  tengok tudung pon dh tau dh kn.. haha

menyempat pulak lepas berjaya mengangkut semua ke tempat tunggu bas bergambar pulak n.. haha sabar je la..



haa ni lagi satu berhujan lagi..
tak tau la apa masalah geng kita suka sangat main hujan, haha ni kes semua rajin sangat bawak payung la kn.. haha
kalau tak silap ni lepas main netball kan, dari padang tu berlari meredah hujan.. macam cerita bollywood pulak..

bila dengan korang redah hujan sama2 pon jadi sweet.. haha nak termuntah pulak rasa


tu je dulu kot untuk part 1 ni..

sebelum tu yg last ni bukan senang nak dapat ..



Tengah bawak moto pon menyempat bergambar dengan si dibah ni..
terima kasih banyak la adila che mud selama ni bagi kitorg pinjam moto, banyak berjasa tu,
bayar bil, pergi pasar, pergi klinik time jari i tercedera time main dengan geng2 najat ika, padahal main bola je pon.. haha








itu sahaja untuk hari ini, padahal esok final exam paper BI.. menyempat lagi.. haha sabo je la..
semoga mimpi yang indah2 kawan2 bila baca cerita ni.. haha