Monday 27 August 2012

GAYA PEMAKANAN YANG PERLU DIAMALKAN


  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

  1. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

  1. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 

  1. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 

  1. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

  1. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 

  1. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 

sama-samalah kita memanfaatkan dan mengamalkan nya.. hehe

Wednesday 15 August 2012

OBESITY

السلام عليكم

Apa khabar semua.. bosan betullah dudk kat kolej sorang2... room mate da balek ganu da semalam.. malam tadi tido sowg je.. ade house mate pon macam xde.. so, xtau nak buat apa kat bilik sorang2 nie.. tinggal nak menunggu balik esok je.. hari ni ade 1 klas je, klas fizik, tu pon pukul 2 nnti.. so, kita layan dulu la lagu dari sudirman ni, BALIK KAMPUNG... nak balik kampung!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!






Monday 13 August 2012

KOLEKSI LAGU RAYA AIDILFITRI

السلام عليكم


Apa khabar semua, ha, xlama lagi da nak raya dah.. lagi beberapa hari je.. ha, kali ini, NANA nak share la lagu-lagu raya yang famous-famous kn.. kot2 ada yang nak cari lagu raya yang best2, tapi xterbayang nak cari lagu ape kan.. selain itu, sama-sama la kita melayan koleksi lagu-lagu raya lama ini er..  
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
 0-0 er.. hehe


3 INPUT DEVICES WITH DIFFRENT FUNCTION

  السلام عليكم 

kali ini, NANA nak share 3 input device dengan berlainan fungsi nya.. actually ini adalah assigment lab teknologi maklumat NANA.. so, i hope this can give you all some information about this product..



NAME
Pink LED 1200W Webcam
MODEL
LED 1200W
COMPANY
MoreSales.com



SPECIFICATION

·         Image sensor: using the latest high-quality CMOS sensor
·         Static maximum resolution: 2560X1920
·         Output Format: RGB24 (24-bit color), / YUY2/MJPG
·         Minimum Sensitivity: 2.0V/Lux.Sec
·          Focus range: 20 mm extremely well
·         View angle: 50mm to infinity
·          flash control: 50HZ or 60HZ Automatic Identification
·         Software Compatibility: WinXP-SP2/SP3/Vista operating system, driver-free
·          single-frame capture storage format: BMP / JPG
·         Dynamic capture storage format: AVI
·         Operating Temperature: 0 -40 degree celcius
·         Power: <0.5W
·         effects function: ten times digital zoom, a variety of image effects, multi-color frame

PRICE

RM 56.00

REFERENCE






NAME

Logitech Extreme 3D Pro Joystick (Silver/Black)

MODEL

LOGITECH 963290-0403

COMPANY
                                           
                                            amazon.com

SPECIFICATION
·         Product Dimensions: 9.2 x 8.8 x 8.4 inches ; 5.6 ounces
·         Shipping Weight: 2.6 pounds
·        Quick and easy access to fire weapons
·        Rapid-fire trigger allows shots in quick succession

PRICE

RM 81.02

REFERENCE









NAME

Logitech Media Keyboard K200 With One-touch Media and Internet Keys (920-002719)

MODEL

LOGITECH 920-002719

COMPANY

amazon.com

SPECIFICATION

·         Media and Internet controls let you instantly play music, control volume and launch your favorite website
·         Full-size standard layout with low-profile keys for comfortable, quiet typing
·         Thin, sleek look and durable spill-resistant* design (*Tested under limited conditions ? maximum of 60 ml liquid spillage ? do not immerse keyboard in liquid.)
·         One-touch access to email, calculator and sleep mode
·         Simple plug-and-play USB connection ? works with Windows-based PCs and Linux


PRICE

RM 53

REFERENCE


Sunday 12 August 2012

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS


sebenar nya teks ucapan ni hasil kerja assigment bahasa melayu NANA my my partner 
NUR NASUEHAH IBRAHIM... so, I just want to share how to do the teks.. because before this i will never write the mc teks.. 


TEKS MAJLIS PERASMIAAN
PAMERAN “SITC DALAM GERAKAN KESEDARAN BANGSA”



MASA
CUE
ANN  1

8.30 pagi

Hadirin mengambil tempat

Mengumumkan ketibaan dif-dif jemputan
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Canselor , UPSI ,
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia dan  Yang Berhormat Prof. Madya Dr. Hj. Ishak Saat,
Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.




MASA
CUE
ANN  2

8.35 pagi

Dif-dif jemputan mengambil tempat di meja VIP

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi,
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu Tuan yang baik budi.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Cancelor , UPSI ,
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia dan  Yang Berhormat Prof. Madya Dr. Hj. Ishak Saat,
Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, UPSI
Para jemputan
Dan hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Majlis terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi hadir ke Majlis Perasmiaan Pameran
“SITC Dalam Gerakan Kesedaran Bangsa”




MASA
CUE
ANN  3

8.40 pagi

Bacaan doa

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Oleh itu, bagi menambah keberkatan majlis pada pagi yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibaca oleh Dr. Ibrahim Hashim, Pengarah Pusat Islam UPSI.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.




MASA
CUE
ANN  4

8.45 pagi

Selepas bacaan doa

Amin-amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Ibrahim Hashim, Pengarah Pusat Islam UPSI atas bacaan doa itu tadi.


Bagi meneruskan acara, majlis menjemput
Yang Berhormat Prof. Madya Dr. Hj. Ishak Saat,
Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, UPSI
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.



MASA
CUE
ANN  5

9.00 pagi

Selepas ucapan
alu-aluan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

Seterusnya, hadirin yang dihormati sekalian, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa,
Naib Canselor , UPSI , menyampaikan ucapan .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.




MASA
CUE
ANN  6

9.20 pagi

Selepas ucapan daripada Naib Censelor

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa,
Naib Cancelor , UPSI, atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

Bermatlamatkan meningkatkan skop pendidikan negara kita, pada tahun 1922 SITC telah ditubuhkan.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan montaj mengenai sejarah penubuhan SITC yang telah disediakan.
Saksikanlah.




MASA
CUE
ANN  7

9.30 pagi

Sebaik sahaja persembahan montaj

Jangan tertanam alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Dengan itu, majlis menjemput
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia
bagi merasmikan pameran SITC ini.



MASA
CUE
ANN  8

10.00 pagi

Selepas perasmian pameran

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,  atas perasmian itu tadi.

Maka, dengan lafaz bismillahirahmanirrahim itu tadi, pameran “SITC Dalam Gerakan Kesedaran Bangsa” telah dirasmikan .

Seterusnya, majlis menjemput
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim diiringi
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Cancelor , UPSI, untuk memotong reben pintu Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.

Dipersilakan .



MASA
CUE
ANN  9

10.15 pagi

Selepas acara memotong reben

Bagi memeriahkan majlis kita pada hari yang indah ini, marilah kita bersama-sama mendengarkan dendangan syair sejarah SITCyang akan disampaikan oleh wakil mahasiswa UPSI.

Dipersilakan.




MASA
CUE
ANN  10

10.30 pagi

Selepas persembahan

Terima kasih diucapkan kepada wakil mahasiswa kita di atas dendangan syair yang cukup indah sekali.

Seterusnya, majlis menjemput
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Cancelor , UPSI,
Bagi menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia.

Dipersilakan.



MASA
CUE
ANN  11

10.40 pagi

Selepas penyampaian cenderamata

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Para hadirin, kita telah pun berada di akhir majlis.

Di atas dahan BurungTempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada pagi ini. 
Sebelum bersurai, majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis kita pada hari ini.


Dipersilakan dif-dif jemputan ke ruangan VIP bagi menjamu selera.