sebenar nya teks ucapan ni hasil kerja assigment bahasa melayu NANA my my partner
NUR NASUEHAH IBRAHIM... so, I just want
to share how to do the teks.. because before this i will never write the mc
teks..
TEKS MAJLIS PERASMIAAN
PAMERAN “SITC DALAM GERAKAN
KESEDARAN BANGSA”
MASA
|
CUE
|
ANN 1
|
8.30 pagi
|
Hadirin mengambil tempat
|
Mengumumkan ketibaan dif-dif jemputan
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Canselor , UPSI ,
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia
dan Yang Berhormat Prof. Madya Dr. Hj. Ishak Saat,
Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.
|
MASA
|
CUE
|
ANN 2
|
8.35 pagi
|
Dif-dif jemputan mengambil tempat di meja VIP
|
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi,
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu Tuan yang baik budi.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahirahmanirrahim
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Cancelor , UPSI ,
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia
dan Yang Berhormat Prof. Madya Dr. Hj. Ishak Saat,
Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, UPSI
Para jemputan
Dan hadirin yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Majlis terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana
sudi hadir ke Majlis Perasmiaan Pameran
“SITC Dalam Gerakan Kesedaran Bangsa”
|
MASA
|
CUE
|
ANN 3
|
8.40 pagi
|
Bacaan doa
|
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.
Oleh itu, bagi menambah keberkatan majlis pada pagi yang mulia ini,
marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibaca oleh Dr. Ibrahim
Hashim, Pengarah Pusat Islam UPSI.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
|
MASA
|
CUE
|
ANN 4
|
8.45 pagi
|
Selepas bacaan doa
|
Amin-amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr.
Ibrahim Hashim, Pengarah Pusat Islam UPSI atas bacaan doa itu tadi.
Bagi meneruskan acara, majlis menjemput
Yang Berhormat Prof. Madya Dr. Hj. Ishak Saat,
Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, UPSI
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
|
MASA
|
CUE
|
ANN 5
|
9.00 pagi
|
Selepas ucapan
alu-aluan
|
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan itu
tadi.
Seterusnya, hadirin yang dihormati sekalian, majlis mempersilakan Yang
Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa,
Naib Canselor , UPSI , menyampaikan ucapan .
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
|
MASA
|
CUE
|
ANN 6
|
9.20 pagi
|
Selepas ucapan daripada Naib
Censelor
|
Terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa,
Naib Cancelor , UPSI, atas ucapan yang disampaikan itu tadi.
Bermatlamatkan meningkatkan skop pendidikan negara kita, pada tahun 1922
SITC telah ditubuhkan.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan montaj
mengenai sejarah penubuhan SITC yang telah disediakan.
Saksikanlah.
|
MASA
|
CUE
|
ANN 7
|
9.30 pagi
|
Sebaik sahaja persembahan
montaj
|
Jangan tertanam alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan kesatria
pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.
Dengan itu, majlis menjemput
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia
bagi merasmikan pameran SITC ini.
|
MASA
|
CUE
|
ANN 8
|
10.00 pagi
|
Selepas perasmian pameran
|
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim, atas perasmian itu
tadi.
Maka, dengan
lafaz bismillahirahmanirrahim itu tadi, pameran “SITC Dalam Gerakan Kesedaran
Bangsa” telah dirasmikan .
Seterusnya,
majlis menjemput
Yang
Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim diiringi
Yang
Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Cancelor , UPSI, untuk memotong reben
pintu Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.
Dipersilakan
.
|
MASA
|
CUE
|
ANN 9
|
10.15 pagi
|
Selepas acara memotong reben
|
Bagi
memeriahkan majlis kita pada hari yang indah ini, marilah kita bersama-sama
mendengarkan dendangan syair sejarah SITCyang akan disampaikan oleh wakil
mahasiswa UPSI.
Dipersilakan.
|
MASA
|
CUE
|
ANN 10
|
10.30 pagi
|
Selepas persembahan
|
Terima kasih diucapkan kepada wakil mahasiswa kita di atas dendangan
syair yang cukup indah sekali.
Seterusnya, majlis menjemput
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Cancelor , UPSI,
Bagi menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia.
Dipersilakan.
|
MASA
|
CUE
|
ANN 11
|
10.40 pagi
|
Selepas penyampaian cenderamata
|
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan
negara.
Para hadirin, kita telah pun berada di akhir majlis.
Di atas dahan BurungTempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada pagi ini.
Sebelum bersurai, majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis kita pada
hari ini.
Dipersilakan dif-dif jemputan ke ruangan VIP bagi menjamu selera.
|
No comments:
Post a Comment